UMNO Dan Takdirnya

Post new topic   Reply to topic

View previous topic View next topic Go down

UMNO Dan Takdirnya

Post  teropong on Tue 21 Oct 2008, 17:52

Aduhai apa gerangan untung nasib UMNO yang selama ini cukup gagah dan berani dalam memperjuangkan Bangsa Melayu akan tetapi pada hari ini UMNO dilihat begitu lemah malahan dipandang sebelah mata oleh Bangsa Melayu itu sendiri bak seekor singa tua yang telah hilang taringnya lantaran dimamah usia. Apakah laungan HIDUP UMNO HIDUP MELAYU akan terus perlahan tenggelam lalu bertukar menjadi bisikan seterusnya senyap sunyi lalu sejuk kaku. Pernahkah kita fikir dan renungkan mengapa perkara ini berlaku? Di sini saya gariskan 2 intipati dari pandangan peribadi saya punca mengapa UMNO semakin hilang popularitinya di mata rakyat Malaysia khususnya Orang-Orang Melayu.

1. Pemimpin
Berdasarkan pemerhatian saya pemimpin UMNO dari pelbagai peringkat iaitu Ahli Majlis Tertinggi hinggalah ke peringkat Cawangan telah hilang arah tujuan malah menyimpang dari perjuangan sebenar dan telah lupa tujuan utama UMNO itu ditubuhkan. Kita lihat sendiri Bangsa Melayu sejak merdeka hingga kini MAJORITI nya masih tidak menunjukkan sebarang peningkatan yang diharap-harapkan. Jika dilukiskan graf kita tidak nampak akan peningkatan kepada graf tersebut. Masih ditakuk lama malahan semakin menurun. Apakah pemimpin yang ada pada hari ini telah kering ideanya? Adakah satu perancangan yang hebat untuk akar umbi dari segi ekonomi dan pelajaran telah diaturkan, adakah perancangan tersebut berjalan dengan lancar? di peringkat manakah perancangan ini tersangkut? Pernahkah diselidik dan dibincangkan puncanya?. Dihujung episod ini akhirnya ada beberapa pemimpin khususnya dikalangan korporat yang tiba-tiba muncul menonjol seolah2 baru sahaja mendapat durian runtuh sedangkan peluang tersebut seharusnya dinikmati oleh golongan akar umbi di Cawangan. Salah siapa semua ini?. Adakah contoh ini yang harus ditunjukkan kepada akar umbi?. Akar umbi yang dulu hanya memandang tanpa berkata apa-apa tetapi akar umbi pada hari ini telah bijak lalu bersuara. Amat menyedihkan sekali suara ini mungkin tidak sampai untuk didengari atau saja dipekakkan telinga oleh segolongan pemimpin tanpa ada tindakan untuk memperbetulkannya.
Sedarlah bahawa pemimpin harus bersedia BERKORBAN dengan hati yang ikhlas untuk kejayaan dan kemajuan bangsanya. Apa yang ada seharusnya 100% dicurahkan kepada akar umbi dan bukannya untuk kepentingan diri sendiri. Sememangnya diakui ada diantara para pemimpin khususnya di kalangan korporat yang telah pun berjaya sebelum menceburi bidang politik. Akan tetapi kekayaan tersebut tidak harus ditayang dengan tujuan untuk meraih kepercayaan dan mengaburi mata akar umbi kerana HAKIKATNYA bukan itu yang mereka perlukan malahan perasaan meluat semakin menebal di hati mereka.
Para pemimpin di peringkat atasan pula menyaksikan pertelagahan yang tak sudah2. Yang ghairah bertanding pula mula berlumba-lumba merapu yang bukan2 di dada akhbar tanpa menyedari mereka di label sebagai GILA KUASA oleh akar umbi. Semua ini menambahkan rasa menyampah dan meluat di kalangan akar umbi lalu menterjemahkan suara hati mereka dengan menyokong parti pembangkang sama ada secara terbuka ataupun di dalam diam lalu menjadikan punca kepada beberapa episod duka kepada UMNO hingga ke hari ini.
Kepada para pemimpin UMNO di semua peringkat saya menyeru supaya berbaliklah kepada perjuangan asal. Bantulah Bangsa Melayu dengan niat yang ikhlas dan kerja dengan sepenuh hati tanpa mengharap apa jua balasan. Insyallah keikhlasan dan ketulusan tuan/puan semua akan diberi ganjaran sewajarnya di ahirat kelak. Pemimpin sejati harus menjadi lilin membakar diri demi menerangi kehidupan orang lain. Mungkin ada yang tidak senang hati dengan tulisan/komen ini tetapi percayalah bahawa sememangnya ubat itu pahit tetapi ianya bertujuan untuk menyembuhkan dan tidak semua manis itu elok kerana ia boleh juga mendatangkan mudarat....Bersambung

teropong
Guest


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You can reply to topics in this forum